Dajjal itu nanti akan datang dari satu tempat antara Syam dan Iraq.Dan akan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali.Wahai hamba Allah,wahai manusia,tetaplah kamu.Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri2 dajjal yg belum diterangkan oleh nabi2 sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi.Ingatlah,tidak ada nabi sesudah aku.Setelah itu nanti dia mengaku sebagai tuhan.Ingatlah bahwa tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah tidak cacat,bahkan tidak sama dengan baru.Dan juga diantara dua mata dajjal itu tertulis K-A-F-I-R yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yg pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,iakni panas.Sesiapa diantara kamu yg diseksanya dengan nerakanya,hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi,nescaya nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
Diantara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab;”seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yg sudah lama meninggal dunia itu,apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu ?” Orang Arab itu akan berkata :”Tentu.”.Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.Rupanya sama,sifat2nya sama malah suaranya pun sama.Ibu bapanya berkata kepadanya :”Wahai anakku,ikutlah dia,sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
Diantara tipu dayanya itu juga dia tipu seseorang,yakni dia bunuh dan dia belah dua.Setelah itu dikatakan kepada orang ramai:”Lihatlah apa yang akan aku lakukan nterhadap hambaku ini.”Sekarang akan aku hidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.Kemudian dajjal l.a itu bertanya:”Siapa tuhanmu ?” Orang tadi yang kebetulan beriman menjawab :”Tuhanku adalah Allah sedangkan kamu adalah musuh Allah.Kami telah diperingatkan oleh Rasulullah tentang kedatanganmu di akhir zaman.”
Mendengar yang demikian itu dajjal marah dan cuba membunuhnya lagi tetapi tidak sangup.Akhirnya dicampakkan orang mukmin tadi kedalam nerakanya.Orang itu telah lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
Diantara tipu dayanya itu juga dia dia suruh langit supaya menurunkan hujan tetiba hujan pun turun.Dia suruh supaya bumi mengeluarkan tumbuh2han tiba2 tumbuh.Dajjal tersebut datang keperkampungan orang2 baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan,maka disebabkan demikiann tanam2an mereka tidak menjadi.
Dajjal tersebut pergi keperkampungan orang2 yang percaya kepadanya dan penduduk kampung tersebut mengakunya sebagai tuhan.Disebabkan demikian hujanpun turun ditempat mereka dan tanam2an mereka pun menjadi.
Tiada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi dajjal kecuali Makkah Dan Madinah kerana kedua2 kota tersebut dikawal oleh malaikat.Ketika dajjal datang kepergunungan di luar kota Madinah,kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.Ketika itu orang2 munafik kepanasan dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.mereka kelaur dan pergi bergabung dengan para pengikut dajjal.Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
No comments:
Post a Comment